:: INTERNATIONAL ISLAMIC DIGITAL LIBRARY ::
7 September 2010 | 28 Ramadan 1431H
HOME
HOME
New user? Sign up here.
Need help signing in?
Inquiry For Advice which requires expert advice
 
 
 
   
 
   
 
Abdul Monir Yaacob
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND PRODUCTS
 
Dato' Hamiza Ibrahim
Islam and Development in Asia
 
   
 
  Ibn Battuta

Introduction Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta, also known as Shams ad - Din, was born at Tangier, Morocco, on the 24th February 1304 C.E. (703...

[ more ]  
 
   
 
Subscribe to our newsletter

Get updates and latest news regarding IIDL with our newsletter. A monthly edition will be sent direct to your email.
 
       
 
 Collection
Da'wat Islamiyyat di kalangan bumiputera Sarawak selepas merdeka
 
Call Number:BP170.85.M64 1988
Abstract:Penulisan tesis ini dibahagikan kepada empat bab, didahului dengan tajuk kecil pengenalan `Sarawak Sepintas Lalu' yang menyentuh kedudukan Sarawak dari segi geografi, sejarah ringkas dan penduduknya. Dalam bab pertama, `Perspektif Umum Da'wat Islamiyyat Di Kalangan Bumiputera Sarawak Sebelum Merdeka', penulis cuba menyingkap kembali secara ringkas sejarah kemasukan Islam ke Sarawak. Sentuhan juga dibuat tentang perkembangan Islam dan Da'wat Islamiyyat pada Zaman Kesultanan Brunei, Zaman Penguasaan Raja-raja Brooke dan Zaman Penjajahan Inggeris. Dalam Bab Kedua dibincangkan tentang perkembangan Da'wat Islamiyyat dalam era selepas merdeka dilihat dari perspektif kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Institusi dan Badan-badan Da'wat Kerajaan atau Sukarela dalam konteks bumiputera Sarawak. Dalam Bab Ketiga pula dipaparkan masalah-masalah yang dihadapi dalam gerakan Da'wat Islamiyyat di kalangan bumiputera Sarawak selepas merdeka yang berkaitan dengan persoalan-persoalan organisasi, bumiputera Melayu-Muslim dan saudara-saudara baru bumiputera. Dalam Bab Keempat perbincangan beralih kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam gerakan da'wat di kalangan bumiputera Sarawak selepas merdeka dengan tumpuan kepada `Serangan Pemikiran' yang dilancarkan oleh penjajah Barat terhadap bumiputera Sarawak melalui gerakan-gerakan kristianisasi, modenisasi dan sekularisasi. Akhir sekali penulis membuat kesimpulan dan penutup berdasarkan kepada apa yang ditulis secara diskriptif dan analitis mengenai Da'wat Islamiyyat di kalangan bumiputera Sarawak selepas merdeka
Hyperlink:More Info